Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label AYAM MASAK BALI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AYAM MASAK BALI. Papar semua catatan

Isnin, 13 Jun 2016

AYAM MASAK BALI



Bahan-bahan
  • Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
  • 3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
  • Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
  • 8 biji bawang merah
  • Ayam
  • 2 biji bawang putih
  • daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
  • kicap
  • minyak untuk menumis
  • Cili kering/ Cili Bo
  • asam keping
  • serbuk kunyit
Cara-cara
1.      Blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo).
2.      Setelah dilblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.
3.      Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.
4.      Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
5.      Kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak @ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.
6.      Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.

Tips: Sesuai dijadikan bekalan bagi perjalanan jauh kerana tidak cepat basi.
free counters