Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label Pencuci Mulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencuci Mulut. Papar semua catatan

Rabu, 2 November 2016

Apam Tepung Beras



Bahan bahan:
·         1 cawan nasi sejuk
·         1 ½ cawan air
·         2 cawan tepung beras
·         2 sudu besar tepung gandum
·         1 sudu teh yis mauripan
·         1 cawan gula
·         1 peket eno
·         Pewarna


Cara cara:
1.      Blend 1 cawan nasi sejuk dengan 1 1/2 cawan air sehingga halus
2.      Masukkan 2 cawan tepung beras, 2 sudu besar tepung gandum, 1 sudu teh yis mauripan dan 1 cawan gula pasir
3.      Blend sehingga sebati kemudian masukkan ke dalam bekas dan perap selama 5 jam
4.       Selepas 5 jam, masukkan 1 peket eno dan pewarna ikut suka
5.       Biar seketika.
6.      Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit
7.      Boleh di makan bersama kelapa parut kukus

Selasa, 14 Jun 2016

Bingka Labu



Bahan-bahan:
·         1 biji labu kuning bersaiz sederhana – kopek, dadu, rebus dan tos
·         240gm gula pasir
·         250gm tepung gandum
·         3 biji telur (saiz A)
·         1 cawan santan pekat
·         125gm merjerin - cairkan

Cara-cara:
1.       Blend labu rebus,gula telur dan santan hingga halus
2.       Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar
3.       Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
4.       Masukkan majerin yang dicairkan dan kacau.. jika adunan berketul-ketul.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi
5.       Panaskan ketuhar 175C
6.       Lenserkan acuan dengan marjerin/butter
7.       Bakar di dalam ketuhar

BADAK BERENDAM





Bahan-bahan
(menghasilkan 10-13 biji badak berendam, bergantung kepada saiz)
Inti:
·         1 cawan kelapa parut putih- seeloknya yang muda sikit kelapanya utuk hasil yang lebih sedap
·         1/2 keping gula melaka dicairkan (dimasak) dengan 1/2 cawan air- tapis
·         1 sudu besar gula putih
***Masak kelapa parut, air gula melaka dan gula putih dalam periuk dengan api perlahan. Gaul rata sentiasa hingga air gula kering dan inti sebati. Tutup api dan sejukkan inti.
Doh:
·         1 cawan tepung pulut
·         1/2 cawan air suam dicampur pewarna hijau dan perisa pandan dan secubit garam
·         1/2 sudu teh air kapur cair
Bahan kuah:
·         1 cawan santan pekat (pati) dan 1/4 sudu teh garam – bahagikan kepada dua
·         1 bahagian dicampur 1 sudu teh tepung jagung- kacau dengan garpu.

Cara membuatnya
1.      Campur semua bahan di atas dan uli hingga menjadi doh. Jika doh agak keras, tambah sedikit air lagi (1 sudu teh).
2.      Bulat-bulatkan doh kecil sedikit saiznya daripada bola ping-pong. Leperkan dan isi inti di tengahnya.
3.      Cantumkan hujung doh dan genggam perlahan bebola agar padat antara tepung dan inti agar mudah dibentuk.
4.      Bulatkan bebola dengan menggolekkan bebola di antara tapak tangan. susunkan di dalam bekas tahan panas. Buat hingga habis. Sementara tu panaskan pengukus.
5.      Kukus kuih selama 15 minit dengan api kuat. Keluarkan daripada pengukus dan siram dengan 1/2 cawan santan. Terbalikkan kuih dan kukus lagi 10 minit.
6.      Masukkan santan yang dicampur dengan tepung jagung ke dalam periuk/kuali. Seeloknya yang non-stick. Tuang santan didalam bekas kuih yang dikukus tadi juga ke dalam kuali (campurkan keduanya). Masak santan dengan api perlahan sambil mengacaunya hingga pekat.
7.      Tuang kuah santan ke atas kuih dan sejukkan seketika sebelum dihidang.

Khamis, 9 Jun 2016

Tiramisu Simple



Bahan-bahan
  • Kek Sponge (boleh beli kalau malas nak buat sendiri).
  • 250ml Whipping cream.
  • Cream cheese.
  • Serbuk koko.
  • Serbuk nescafe dan esen vanilla.
  • Air utk bancuh nescafe (bancuh tanpa gula).
  • ½ cawan gula kastor.

Cara-cara
  1. Mula-mula , masukkan cream cheese ke dalam bekas mixer  atau apa-apa  bekas yang bersesuaian.
  2. Campurkan 250 ml whipping cream.
  3. Masukkan satu sudu teh esen vanilla.
  4. Masukkan ½ cawan gula castor.
  5. Putar semua bahan tersebut sampai sebati semuanya. Guna kelajuan paling rendah dulu dan perlahan-lahan  tingkatkan kelajuan.
  6. Bancuh sesudu kecil Nescafe ( gunanya utk melembabkan kek).
  7. Basahkan kek dengan air bancuhan Nescafe tadi.
  8. Masukkan cheese yang  di putar tadi ke dalam cawan (ikutlah nak banyak mana).
  9. Dengan menggunakan penapis, taburkan serbuk koko di atasnya (penapis bertujuan utk elak serbuk koko jadi berketul-ketul).
  10. Lapiskan pula atasnya dengan kek yang di lembabkan dengan nescafe tadi ( ulang proses ini sehingga menjadi beberapa lapisan).
  11. Akhir sekali sejukkan di dalam peti ais (bukan pembeku).
  12. Siap sedia untuk dimakan sejuk-sejuk.
free counters