Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label Twister ‘Ala’ KFC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Twister ‘Ala’ KFC. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2016

Twister ‘Ala’ KFC






RESEPI KULIT TWISTER (TORTILLA )
Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)
  • 1 1/4 cawan air suam
Cara-cara
  1. Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
  2. Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
  4. Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)
  6. Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit untuk setiap belah.

RESEPI UNTUK INTI
Bahan- bahan:
·         1 keping dada ayam
·         1 biji telur
·         Tepung goreng KFC
·         Minyak

1.      Celup ayam ke dalam telur dan golekkan ke dalam tepung KFC
2.      Goreng hingga masak, tapi jangan terlalu garing.
3.      Hiris nipis dan kecil.

Sayuran:

·         Tomato - dibersihkan dan dipotong dadu
·         Timun - dibuang biji dan parut panjang
·         Salad - dihiris nipis
·         Mayonis
·         Lada hitam

1.      Gaul semua sayur ngan mayonis dan lada hitam
2.      Masukkan ayam goring tadi dan sedia dihidang.
free counters