Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label Sweet Sour. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sweet Sour. Papar semua catatan

Selasa, 1 November 2016

Udang Sweet-Sour



Bahan-Bahan:

500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

 
Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (poton 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

 
Cara-Cara:

1.     Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.     Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4.     Masukkan juga cili potong dan gula.
5.     Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
6.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Siakap Sweet-Sour



Bahan-Bahan:
 
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

 

Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (potong 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

 

Cara-Cara:

1.     Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
2.     Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
3.     Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
5.     Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6.     Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
7.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

BAWAL SWEET-SOUR



Bahan-Bahan:

1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

 


Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (potong 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

 


Cara-Cara:

1.     Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2.     Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3.     Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5.     Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6.     Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Khamis, 9 Jun 2016

Ikan Siakap 3 Rasa



 
Bahan-bahannya.

Untuk Ikan:

·         2 ekor ikan siakap
·         Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
·         Serbuk Pasti Sedap Knoor
·         Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:

·         2 biji bawang besar - dipotong dadu
·         6 biji bawang putih – dititik
·         10 biji cili padi - dipotong kecil
·         1 inci halia - dihiris halus
·         1 biji tomato - dipotong dadu
·         1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
·         Kiub nanas - boleh dibeli yang siap ditinkan; kiub nanas dalam jus nanas jenama Ayam Brand
·         (Snacky Nanas) - 280 gm
·         4 sudu besar sos tomato
·         4 sudu besar sos cili thai
·         2 sudu besar sos tiram
·         2 sudu besar sos ikan
·         2 batang serai – dititik
·         Beberapa helai daun limau purut
·         Daun sup/daun bawang untuk hiasan
·         Garam secukup rasa
·         Ajinomoto secukup rasa
·         Gula secukup rasa
·         Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1.       Ikan dibersihkan dan ditoskan
2.       Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.       Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4.       Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.       Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6.       Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7.       Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8.       Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. 
free counters