Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label Talam Berlauk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Talam Berlauk. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2016

Talam Berlauk



Bahan-bahan ( 20cm )
  • 1 Cawan Tepung Beras
  • 100gm Daging ayam cincang yg telah direbus- ita guna serunding
  • 1/2 Cawan Udang kering dikisar
  • 3 peket Serbuk Santan ( I gunakan Santan S&P )-
  • 3 Cawan air
  • 2 Tangkai daun bawang - dihiris halus
  • 2 Tangkai Daun sup dihiris
  • 2 Biji Cili Merah dihiris halus
  • Garam Secukup rasa

 Cara-cara

    Bancuhkan santan dgn air tadi hingga sebati.
    Dalam bekas lain, masukkan tepung, ayam, separuh daripada daun bawang, daun sup dan cili merah. Gaul hingga semua sebati.( ita masukkan separuh dari serunding selebihnya untuk ditabur diatas nanti)
    Masukkan santan dan gaul hingga rata. Kemudian masukkan garam.
    Kemudian masak adunan diatas dapur sehingga naik wap. Dgn menggunakan api sederhana.
    Masukkan adunan ke dlm pengukus - loyang kene letak minyak sikit.
    Lepas 15 minit dlm loyang, taburkan udang kering, lebihan daun bawang, daun sup & cili dia atas adunan tadi.
    Kukus lagi selama 15 minit.



Sumber: Bonda Tercinta
 Bahan-bahan (inti):
1 biji kelapa inti - diparut
(cara menentukan kelapa yang sesuai untuk membuat inti ialah kulitnya hijau, sabutnya masih basah dan tempurungnya belum hitam)
2 keping gula Melaka
Sedikit gula merah India (jika gula Melaka agak pudar warnanya)
Daun pandan
Gula putih secukupnya
Sedikit air
2 sudu tepung gandum
Secubit garam

Cara-cara:
  • Masak air dengan gula. Masukkan daun pandan.
  • Jika menggunakan gula merah India, tapis dahulu air gula dan tuang semula dalam kuali.
  • Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga kelapa agak pekat.
  • Tambah gula putih jika masih kurang manis. Masukkan tepung gandum dan masak hingga inti agak kering dan melekit. Perasakan dengan secubit garam.
*Inti kuih  memang agak manis, sebab itu ia agak melekit dan mudah digentel. Jika kurang manis, inti akan sedikit berderai.  Begitu juga jika kelapa yang agak tua, menyebabkan inti sedikit berderai walaupun telah dicampur dengan tepung.
free counters