Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label Resepi Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Ayam. Papar semua catatan

Rabu, 2 November 2016

Ayam Percik





Bahan bahan:
·         ½  kilo ayam
·         1 mangkuk santan pekat
·         3 labu bawang merah
·         3 ulas bawang putih
·         1 inci halia
·         2 batang serai
·         10 tangkai cili kering
·         Garam dan gula secukup rasa


Cara cara:
1.       Blender semua bahan di atas kecuali ayam, garam dan gula
2.       Tumis semua bahan yang sudah di blender tadi sehingga pecah minyak
3.       Bila dah pecah minyak, masukkan ayam & masak sehingga empuk kemudian masukkan santan pekat, garam & gula
4.       Kuarkan ayam & bakar ayam di dalam pemanggang dengan sedikit kuah tadi
5.       Akhir sekali curahkan kuah di atas ayam yngg sudah siap di panggang

Ayam Masak Halia





Bahan bahan:

Bahan A
·         Ayam 8 ketul dipotong kecil.
·         Kunyit dan sedikit garam untuk ayam nak digoreng jangan terlalu garing.

Bahan B
·         Halia muda ½  inci dan Bawang putih dihiris halus

Bahan C
·         Bawang besar sebiji dan cili api 10 tangkai (jika hendak pedas) dipotong

Bahan D
·         Sos tiram
·         Garam
·         Gula

Cara cara:
1.       Tumiskan bahan B sehingga sedikit garing dan naik bau
2.       Kemudian masukan bahan A kacau sehingga rata
3.       Selepas itu masukan bahan D perasakan kacau sehingga secukup rasa
4.       Seterusnya boleh masukan bahan C (jika nak dapat hasil yang sedap gunakan api yang besar,tapi kita kena pandai mengawal masakan kita)

Isnin, 13 Jun 2016

AYAM MASAK BALI



Bahan-bahan
  • Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
  • 3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
  • Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
  • 8 biji bawang merah
  • Ayam
  • 2 biji bawang putih
  • daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
  • kicap
  • minyak untuk menumis
  • Cili kering/ Cili Bo
  • asam keping
  • serbuk kunyit
Cara-cara
1.      Blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo).
2.      Setelah dilblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.
3.      Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.
4.      Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
5.      Kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak @ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.
6.      Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.

Tips: Sesuai dijadikan bekalan bagi perjalanan jauh kerana tidak cepat basi.

Khamis, 9 Jun 2016

Twister ‘Ala’ KFC






RESEPI KULIT TWISTER (TORTILLA )
Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)
  • 1 1/4 cawan air suam
Cara-cara
  1. Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
  2. Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
  4. Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)
  6. Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit untuk setiap belah.

RESEPI UNTUK INTI
Bahan- bahan:
·         1 keping dada ayam
·         1 biji telur
·         Tepung goreng KFC
·         Minyak

1.      Celup ayam ke dalam telur dan golekkan ke dalam tepung KFC
2.      Goreng hingga masak, tapi jangan terlalu garing.
3.      Hiris nipis dan kecil.

Sayuran:

·         Tomato - dibersihkan dan dipotong dadu
·         Timun - dibuang biji dan parut panjang
·         Salad - dihiris nipis
·         Mayonis
·         Lada hitam

1.      Gaul semua sayur ngan mayonis dan lada hitam
2.      Masukkan ayam goring tadi dan sedia dihidang.
free counters