Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Isnin, 13 Jun 2016

Apple Crumble Cheesecake



 
Bahan Dasar:
·         150gm tepung gandum
·         50gm gula kaster
·         100gm mentega (di potong kecil)
·         1 kuning telur
·         1/2 tsp parutan kulit lemon
·         25gm kelapa kering (di panggang sebentar)
·         2-3 tbsp air sejuk (dari peti sejuk)

Crumble Topping:
·         120gm tepung gandum
·         35gm gula kaster
·         80gm mentega (di potong kecil)
·         100gm pecans / walnut (di panggang dan di cincang kasar)
·         Loyang 9" (Loose Base Tin)

Filling A:
·         3 biji apple hijau (di potong dadu)
·         50gm gula kaster
·         1 tsp parutan kulit lemon
·         2 tbsp jus lemon
·         1/8 tsp serbuk cinnamon(kayu manis)
·         1 tsp tepung gandum
·         2 tbsp raisins
·         100gm macadamia (di panggang dan di cincang kasar)

Filling B:
·         500gm cream cheese (suhu bilik)
·         100gm gula kaster
·         1 tbsp jus lemon
·         30gm tepung jagung
·         250ml UHT whipping cream
·         3 biji telur di pukul sedikit


Cara-cara:
1.       Panaskan oven pada suhu 160C.
2.       Dasar  : Gaul tepung dan gula, tambah mentega dan gaul hingga menjadi serbuk roti. Masukkan kuning telur, parutan kulit lemon dan kelapa kering. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati dan boleh di kepal dengan tangan. Tekan adunan ke dalam loyang. Cucuk dengan garpu dan bakar selama 15 minit. Ketepikan.
3.       Filling A : Kupas kulit apple dan potong dadu, satukan dengan bahan filling yang lain dan masak dengan api sederhana di dalam kuali sehingga pekat. Ketepikan.
4.       Filling B : Pukul cream cheese hingga licin dan berkrim. Masukkan gula, jus lemon dan tepung jagung di ikuti whipping cream dan telur, pukul hingga sebati dan licin.
5.       Topping : Gaul tepung dan gula, masukkan mentega, dengan menggunakan hujung jari, gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. Tambahkan pecan dan gaul rata.
6.       Tuang 1/2 adunan cheese ke dalam loyang. Tabur dengan apple filling dan kacang macadamia. Kemudian tuangkan baki adunan cheese hingga habis.
7.       Tabur dengan crumble topping sehingga menutupi permukaan kek. Bakar menggunakan water bath selama 60 minit. Tutup oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Keluarkan dari oven, biarkan sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih sebelum di potong.
8.       Untuk memotong guna pisau yang di layur di atas api atau di rendam air panas, lap sebelum memotong kek.

free counters