Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label Masak Tempoyak Ikan Patin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masak Tempoyak Ikan Patin. Papar semua catatan

Isnin, 13 Jun 2016

Masak Tempoyak Ikan Patin



 
Bahan-bahan:
·         1 ekor patin saiz sederhana
·         2 senduk tempoyak
·         4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
·         1 biji cili merah - optional
·         Segenggam cili padi merah
·         1 inci kunyit hidup
·         Secekak daun kesum
·         Sedikit garam


Cara-cara:
1.       Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
2.       Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
3.       Setelah menggelegak, masukkan daun kesum kemudian masukkan ikan patin. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  

Nota:
·         Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
·         Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
·         Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan.

free counters