Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

Selasa, 1 November 2016

Singgang Ikan Tongkol/Aye



 
1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam
cili api..ikut suka [buangkan tangkai]

 


Cara-Cara (MICROWAVE):

1.     Masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2.     Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3.     Keluarkan dan masukkan ciliapi.


Cara-Cara (NORMAL):


1.     Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.
2.     Rasakan garam dan masukkan ciliapi.
3.     Hidangkan.

Siakap Sweet-Sour



Bahan-Bahan:
 
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

 

Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (potong 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

 

Cara-Cara:

1.     Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
2.     Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
3.     Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
5.     Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6.     Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
7.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Cencaru Belah Belakang



Bahan-Bahan:

4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak



Bahan Sambal (Mesinkan)

2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

 

Cara-Cara:

1.     Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2.     Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3.     Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
4.     Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5.     Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6.     Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

BAWAL SWEET-SOUR



Bahan-Bahan:

1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

 


Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (potong 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

 


Cara-Cara:

1.     Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2.     Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3.     Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5.     Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6.     Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Isnin, 13 Jun 2016

Masak Tempoyak Ikan Patin



 
Bahan-bahan:
·         1 ekor patin saiz sederhana
·         2 senduk tempoyak
·         4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
·         1 biji cili merah - optional
·         Segenggam cili padi merah
·         1 inci kunyit hidup
·         Secekak daun kesum
·         Sedikit garam


Cara-cara:
1.       Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
2.       Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
3.       Setelah menggelegak, masukkan daun kesum kemudian masukkan ikan patin. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  

Nota:
·         Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
·         Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
·         Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan.

free counters