Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan

Selasa, 14 Jun 2016

Biskut Tart Kurma



Bahan-bahan:

·         200gm mentega
·         50gm gula kaster
·         2 kuning telur
·         250gm tepung gandum
·         25gm tepung jagung
·         25gm susu tepung
 
Jem Kurma:

·         200gm kurma, cincang halus
·         50ml susu cair
·         1 sudu besar gula pasir
·         1 sudu besar mentega

-  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat.  Sejukkan dahulu dan gentel bujur.

Penyediaan: 

1.       Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.  Masukkan kuning telur satu persatu, kacau hingga sebati.
2.       Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
3.       Canai dan terap menggunakan penerap bulat.  Leperkan sedikit supaya senang di lipat, masukkan inti kurma di tengahnya dan lipat hujung pastri hingga bertemu di tengah.  Ambil sedikit doh, letakkan melintang di tengah seperti bingkisan.
4.       Sapu dengan kuning telur dan bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Biskut Red Pearl


 



Bahan-bahan:
·         150gm mentega
·         150gm tepung gandum
·         75gm gula kastor
·         60gm cornflakes - ramas kasar
·         50gm coklat chips
·         25gm almond nibs
·         1sudu teh esen vanila
·         1/4 sudu teh emplex

Cara-cara :
1.       Kacau mentega, gula, dan esen vanila menggunakan sudip kayu hingga sebati saja.
2.       Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh.
3.       Cubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari.  Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu di bakar.  Atur di atas dulang pembakar yang di alas baking paper.  Tekan hirisan ceri merah di tengahnya.
4.       Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 20-25min bergantung pada oven.
5.       Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Oat Blackcurrant



Bahan-bahan:
·         120gm oatmeal ( 1 1/2 cawan)
·         100gm tepung gandum (1/2 cawan)
·         90gm raisin (1/2 cawan blackcurrant atau kismis)
·         1/2 sudu teh soda bikabonat
·         1/2 sudu teh garam
·         85gm mentega tawar (6 sudu makan)
·         100gm gula perang (1/2 cawan)
·         60gm gula pasir (1/4 cawan)
·         1 biji telur grade A
·         1 sudu teh esen vanilla

Cara Penyedian :
1.       Panaskan oven 180C.
2.       Satukan oatmeal, tepung, blackcurrant, baking soda, dan garam.  Ketepikan.
3.       Pukul gula dan metega hingga berkrim, masukkan telur dan esen vanilla.  Gaul rata.
4.       Masukkan campuran oatmeal, kaup balik dengan spatula hingga bergaul rata.
5.       Ambil 1 scoop kecil (1 sudu kecil), atur di dalam loyang yang di alas baking paper.  Jarakkan antara biskut 3cm kerana biskut mengembang.  Bakar selama 15 minit hingga biskut kecoklatan.
6.       Biarkan biskut sejuk dan mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Florentine / Crunchy Caramel Almond Cookies





Bahan-bahan:
·         150 gm tepung florenta
·         100 gm kepingan badam*
·         70 gm kuaci hijau* - *bakar 5 minit
·         10 gm bijan hitam
·         10 gm bijan putih

Cara-cara :
1.       Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telak dilapik dengan 'parchment paper' - bukan kertas minyak.
2.       Taburkan tepung florenta dan ratakan pada keseluruhan loyang.
3.       Tabur rata kepingan badam dan kuaci hijau yang telah dibakar bersama bijan hitam dan putih.
4.       Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 7 minit sahaja.
5.       Keluarkan biskut dan dengan pantas potong biskut mengikut saiz yang dikehendaki.
6.       Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan sebentar dan segera simpan dalam bekas kedap udara.

Bar Bounty



Bahan-bahannya:

·         400g coklat
·         Kelapa kering / parut
·         Susu pekat manis

Langkah-langkahnya:
1.       Cairkan coklat dengan kaedah double boiled
2.       Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tidak terlalu basah atau kering
3.       Simpan sebentar bahan dalam peti sejuk lebih kurang dalam 20 minit
4.       Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit
free counters