Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label Udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Udang. Papar semua catatan

Selasa, 1 November 2016

Udang Sweet-Sour



Bahan-Bahan:

500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

 
Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (poton 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

 
Cara-Cara:

1.     Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.     Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4.     Masukkan juga cili potong dan gula.
5.     Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
6.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Udang Pepper



Bahan-Bahan:

500 gm udang size L - gaul garam n blackpepper or white pepper
3 ulas bawang putih - tumbuk / ketuk
3 biji cili merah tumbuk kasar
3 sudu teh jus limau kasturi
sedikit daun sup untuk hiasan - boleh hiris

 


Cara-Cara:

1.     Panaskan minyak, tumis kan bawang putih.
2.     Masukkan cili tumbuk, udang, jus limau kasturi,
3.     Kacau sehingga udang kemerahan.
4.     Masukkan daun sup
5.     Hidangkan.

Khamis, 9 Jun 2016

Udang Goreng Nestum



 
Bahan-bahan:
·         20 ekor udang yang agak besar
·         10 helai daun kari
·         3 ulas bawang putih dicincang halus
·         3 sudu besar butter
·         3 biji cili api dihiris kasar
·         1 sudu kecil serbuk stok ayam
·         1/2 cawan nestum ( nak lebihkan pun, boleh juga tapi kena tambah butter)
·         minyak untuk menggoreng udang


Cara-cara:
1.       Udang digaul dengan sedikit garam 
2.       Panaskan minyak dan goreng jangan sampai garing.
3.       Angkat dan toskan
4.       Panaskan butter
5.       Masukkan bawang putih, daun kari dan cili api, masak sehingga berbau wangi
Masukkan pula nestum dan serbuk stok ayam
6.       Gaul sehingga nestum nampak garing. 
7.       Matikan api, masukkan udang yang telah digoreng ke dalam kuali
8.       Gaulkan dia bersama nestum hingga sebati
9.       Angkat dan hidangkan panas

Udang Goreng Tepung



 Bahan-bahan:
·         10 ekor udang yang agak besar
·         1 biji telur
·         2 cawan tepung gogi (tepung goring rangup)
·         1 cawan air


Cara-cara:
1.       Bancuh tepung gogi, telur dan air
2.       Celup udang ke dalam bancuhan
3.       Goreng sehingga kekuningan
free counters