Youtube

Translate This Blog

Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan

Isnin, 13 Jun 2016

Biskut Dahlia Susu





Bahan-bahan:
·         250 gm butter
·         250 gm susu pekat manis
·         460 gm tepung jagung (diayak dahulu)
·         Ceri / choc chip untuk hiasan

Cara-cara:
1.       Pukul butter dan susu pekat manis hingga sebati (boleh guna whisk) dan jangan terlalu lama @ kembang
2.       Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul dengan rata
3.       Tekan dengan acuan dan hias samada dengan ceri atau choc chip
4.       Bakar pada suhu 150 darjah selama 12-15 minit

Biskut Badam



Bahan-bahan:
·         1 biji kuning telur
·         180 gm mentega
·         180 gm tepung gandum
·         150 gm tepung jagung
·         113 gm gula aising
·         4 sudu besar badam kisar
Bahan Hiasan:
·         Kuning telur
·         Hirisan badam


Cara-cara:
1.       Putarkan mentega dengan gula hingga kembang.
2.       Masukan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian uli rata hingga menjadi doh lembut.
3.       Canai dan terap bulat atau sebarang bentuk. Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam .
4.       Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 12 hingga 15 minit atau sehingga masak.
free counters