Youtube

Translate This Blog

Rabu, 2 November 2016

Apam Tepung Beras



Bahan bahan:
·         1 cawan nasi sejuk
·         1 ½ cawan air
·         2 cawan tepung beras
·         2 sudu besar tepung gandum
·         1 sudu teh yis mauripan
·         1 cawan gula
·         1 peket eno
·         Pewarna


Cara cara:
1.      Blend 1 cawan nasi sejuk dengan 1 1/2 cawan air sehingga halus
2.      Masukkan 2 cawan tepung beras, 2 sudu besar tepung gandum, 1 sudu teh yis mauripan dan 1 cawan gula pasir
3.      Blend sehingga sebati kemudian masukkan ke dalam bekas dan perap selama 5 jam
4.       Selepas 5 jam, masukkan 1 peket eno dan pewarna ikut suka
5.       Biar seketika.
6.      Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit
7.      Boleh di makan bersama kelapa parut kukus

Aiskrim Vanila



Bahan bahan:
·         1 cawan susu pekat
·         2 cawan susu full cream
·         1 sudu besar ovellate
·         1 ½  sudu esen vanilla
·         Sedikit kacang badam kisar

Cara cara:
1.       Campur semua sekali bahan di atas kecuali kacang badam, kemudian blend guna blender, blend hingga menjadi pekat
2.       Tuang ke dalam bekas dan letak dalam peti ais (bekukan)


Selasa, 1 November 2016

Udang Sweet-Sour



Bahan-Bahan:

500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

 
Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (poton 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

 
Cara-Cara:

1.     Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.     Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4.     Masukkan juga cili potong dan gula.
5.     Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
6.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Udang Pepper



Bahan-Bahan:

500 gm udang size L - gaul garam n blackpepper or white pepper
3 ulas bawang putih - tumbuk / ketuk
3 biji cili merah tumbuk kasar
3 sudu teh jus limau kasturi
sedikit daun sup untuk hiasan - boleh hiris

 


Cara-Cara:

1.     Panaskan minyak, tumis kan bawang putih.
2.     Masukkan cili tumbuk, udang, jus limau kasturi,
3.     Kacau sehingga udang kemerahan.
4.     Masukkan daun sup
5.     Hidangkan.

Singgang Ikan Tongkol/Aye



 
1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam
cili api..ikut suka [buangkan tangkai]

 


Cara-Cara (MICROWAVE):

1.     Masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2.     Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3.     Keluarkan dan masukkan ciliapi.


Cara-Cara (NORMAL):


1.     Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.
2.     Rasakan garam dan masukkan ciliapi.
3.     Hidangkan.
free counters